Saturday, July 25, 2009

HaNya PaDa-Mu..

semakin lama aku berfikir, semakin aku sedar bahawa keresahan yang ditanggung sebenarnya boleh membinasakan diri kita. ianya boleh membuatkan seseorang berada dlm keadaan yang murung, sedih, resah dan gementar yang berterusan. ianya juga boleh mengganggu seseorang secara negatif - secara psikologi dan juga secara fizikal.

kerisauan tidak menghapuskan kedukaan hari esok, ianya menghapuskan kekuatan hari ini...

kata-kata itu sungguh tepat. orang yang risau sentiasa berada dlm keadaan putus asa yang berpanjangan dan ini mngkin menjadikannya putus harapan dan tidak mempunyai semangat untuk hidup di masa hadapan. sebagai manusia kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita di kemudian hari. jadi, kita tidak pasti akan masa depan kita, malah kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam masa 2 saat drpd sekarang...

jadi, apa yang harus kita lakukan sekarang supaya kita berasa tenang dan tenteram? apa yang harus kita lakukan supaya kita dapat tidur nyenyak, tidak berasa resah gelisah dan juga tidak berdebar-debar?

Allah menyuruh kita melakukan perkara berikut:
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan Kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
(At-Taubah 9:51)

Kita patut berserah dan bertawakal kepada Allah.

alangkah bertuahnya kita kerana mempunyai tali untuk bergantung. Dan mengetahui segala sesuatu yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah...

ini bermakna kita tidak seharusnya berasa terkejut dengan segala perkara yang berlaku. semuanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah. cuma, kita tidak mengetahui.

No comments:

Post a Comment