Friday, August 14, 2009

aku dan kenangan PERMAS...

Assalamualaikum...
kira-kira jam 11.15 malam tadi berlabuhlah tirai mesyuarat agung PERMAS 2009 di dewan Rahman Talib. kini giliran barisan kepimpinan baru menerajui tampok pentadbiran PERMAS yang akan datang..sekalung tahniah kepada semua barisan kepimpinan PERMAS yang baru..semoga kalian terus berkhidmat utk menaikkan nama persatuan. apa yang penting kerjasama dan persefahaman sesama kalian..segala yang berlaku pada masa lepas kita jadikan pengajaran dan tauladan. dengan adanya muka2 baru dan lama dalam kepimpinan ini maka diharapkan agar kalian dapat menjadikan PERMAS sebuah persatuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..tepuk dada tanya minda...bukan jawatan yang jadi ukuran dan sebutan tapi sumbangan yang dizahirkan secara tulus dan ikhlas dalam persatuan itulah yang harus dititikberatkan...sebagai pemimpin jangan jadi seperti lalang yang senang digoyahkan oleh angin. kita tidak tahu mana satu angin yang baik utk kita..utk selamat jgn jadi lalang...kdg2 lalang ini lah dalang dalam segala2 nya tanpa kita sedari..ini hakikat sbb aku dah alami...nasihat utk aku dan semua sebelum nk jd pemimpin pimpinlah diri kita dahulu...tingkatkan segala softskill yang ade.tonjolkan daya kepimpinan anda..setiap org mampu lakukannya...apabila kita sudah berada di atas jgn dilupakan org di bawah..belajar lah dari kesilapan..berilah kemaafan kepada org lain andai die melakukan kesilapan..memang kemaafan tidak dapat mengubah apa-apa tetapi kemaafan lah merupakan titik permulaan dalam membina kehidupan baru yg lebih baik dr dulu..
sesungguhnya PERMAS telah banyak mengajar aku tentang kehidupan..mengenal orang secara silih ganti membuatkan aku supaya lebih berhati-hati kerana semua org ada agenda mereka yang tersendiri..yang kdg2 aku sendiri pun tak mengerti...cumenya aku kena berfikir secara rasional dan bawa haluan diri aku sendiri..apepon di kesempatan ini aku mohon maaf andai selama aku berada di barisan PERMAS ini aku ade membuat salah silap sama ada yang disedari atau x.halalkan segala makan minum aku..aku juga mohon maaf andai terdpat tanggungjawab yang aku xdpt nk selesaikan...segala kebaikan kalian hanya Allah sahaja yang dpt membalasnya..kepada kawan2 yg sentiasa bersama aku terima kaseh aku ucapkan...jasa kalian insyaAllah aku xkan lupekan..kenangan di PERMAS aku akan simpan dlm lipatan memori aku..
thanx n gud luck!!!!!!!!
p/s: teringat mase buat progrm dulu2..hehe..selalu jd kuli batak..tp bukan gile kuasa..bak kate adek aku..hahaha..rase org nk org panggil kite..rs xnak org biarkan kite..itulah hakikatnya..

No comments:

Post a Comment